Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

PM Rasmi Sistem Pengangkutan...

PETALING JAYA - Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas...

Khatan Perempuan Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Amalan mengkhatan kanak-kanak perempuan di kalangan umat Islam negara ini...

Hati-Hati, Lelaki Cina Akui...

LELAKI Cina berniqab seolah-olah wanita muslim? Ini sesuatu yang pelik tetapi ianya benar-benar terjadi...

Miley Cyrus Tayang Payudara...

KEBANYAKAN aktivis wanita di negara Barat sekarang sedang giat menjalankan kempen 'free the...

Guru Durjana Seksa Budak Pekak Bisu

BEIJING – Pekerja di sebuah pusat terapi pertuturan di Nanchang didapati memukul, menampar dan menendang kanak-kanak bisu serta pekak yang dijaga di situ.

Seorang pekerja dilihat mengugut dan memaksa seorang budak lelaki memakan najisnya sendiri selepas enggan pergi ke tandas seperti diarahkan.

Laporan stesen penyiaran televisyen di China membongkar kejadian mengejutkan itu pada 20 April lalu dan mendedahkan rakaman diambil wartawan yang menyamar di premis di wilayah Jiangxi itu.

Pekerja berkenaan yang kononnya guru premis itu mendakwa hukuman kejam dapat membantu kanak-kanak berkenaan bercakap.

Keadaan itu terbongkar selepas Nanchang News menghantar wartawan ke Pusat Terapi Pertuturan Hope Nanchang untuk menyiasat dengan menyamar sebagai guru.

Rakaman kamera tersembunyi menunjukkan kanak-kanak menangis ditendang di tubuh dan ditampar di muka mereka, selain dipukul di tangan menggunakan kayu.


Dalam rakaman itu turut menunjukkan seorang guru mengugut seorang kanak-kanak di dalam tandas dengan berkata: “Kalau kamu berak di dalam seluar, saya akan paksa kamu makan najis sendiri.”

Seorang guru lain pula didapati menjerit di dalam kelas: “Tidak guna otak ke? Lihat betapa bodohnya kamu ini.”

Sementara seorang guru lagi mengarahkan kanak-kanak lain memarahi rakan sekelas mereka dengan memanggil satu sama lain kepala babi. – Agensi/myMetro Online

Kategori