Guru Disyaki Terlibat Jenayah Ditukar Serta Merta

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan mana-mana guru yang disyaki terlibat dalam kes jenayah perlu ditukarkan ke jawatan kumpulan.

Menurut beliau, tindakan itu adalah wajar berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2009.

“Guru-guru besar, pengetua-pengetua, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri diperingati bahawa pada masa yang akan datang, sekiranya ada kakitangan disyaki melakukan kesalahan jenayah tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan guru-guru tersebut ditukarkan ke jawatan kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kes seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Johor disyaki mencabul seorang seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

Nie Ching berkata, guru tersebut kini sedang bercuti tanpa gaji bermula 15 Julai 2018 hingga 9 Ogos 2018.

“Sebaik sahaja guru tersebut habis tempoh cuti tanpa gaji, dia tidak akan dibenarkan untuk mengajar di sekolah sehingga siasatan selesai dilakukan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti perlakuan terkutuk itu dilakukan terhadap pelajar,” tegasnya. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...