Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trump Heights Cabul Kedaulatan...

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘merasmikan’ penempatan haram baharu di Bukit...

Tetak Tangan Anak Ketagih...

BENGANG kerana anak lelakinya yang berusia 18 tahun ketagih menonton video lucah di...

[Sidang DUN] Terengganu Lulus...

KUALA TERENGGANU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini meluluskan Belanjawan 2023...

Cipta Cara Baharu Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan akhbar dan wartawan dinasihatkan mencipta cara baharu bagi...

Guru Digigit Kuda Ketika Bercuti Di Thailand

IPOH – Percutian di Songkla Thailand bersama teman-teman yang sepatutnya menyeronokkan bagi seorang guru wanita bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diserang dan digigit oleh seekor kuda yang naik minyak.

Nur Aini Ruslan, 29, berkata ketika beliau sedang bersiar-siang di Pantai Samila, Songkla pada 6 November lalu dengan menunggang kuda sambil diiringi seorang juru pandu, tiba-tiba seekor kuda lain meluru dan menyerang beliau.

“Kuda itu menendang saya sehingga saya terjatuh dan kuda itu kemudian menggigit bahagian bahagian belakang saya sebelum menghempas saya berkali-kali ke tanah.

“Walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua minit, namun saya rasakan seperti itulah kali terakhir saya bernafas di bumi ini,” katanya ketika menceritakan pengalaman ngerinya itu kepada pemberita di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Guru yang itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Sentul 1, Kuala Lumpur berkata ekoran itu beliau dikejarkan ke Hospital Songkla untuk rawatan awal.

“Setibanya di tanah air saya mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta di sini dan menjalani pembedaan pada 9 November lalu bagi membuang darah beku di bahagian belakang dan mencuci luka di pinggang,” katanya yang bercuti di Songkla selama empat hari sejak 4 November lalu.


Nur Aini berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kuda yang menyerangnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin bercuti terutamanya ke luar negara agar membuat persiapan secukupnya termasuk mengambil insurans.

“Terdapat pengajaran di sebalik tragedi yang menimpa saya iaitu saya ingin nasihatkan kepada orang ramai agar mengambil insurans sebelum melancong dan sentiasa berhati-hati kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya. – BERNAMA

Kategori