Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Cari Jalan Terbaik...

BANGKOK - Kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu...

MRT Kurangkan 160,000 Kenderaan...

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan...

Piala AFF: Vietnam Belum...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Vietnam, Toshiya Miura anggap kemenangan tipis ke...

Kenaikan Harga Ayam Segar...

PORT DICKSON - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan...

Guru Arah Makan Bungkusan Nasi Lemak Dibuang

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di sekolahnya di Kuala Nerang, dekat sini.

Pelajar berusia 17 tahun itu mendakwa dia ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas pada kira-kira 9.30 pagi, Isnin.

“Guru di kelas berkenaan melihat apa yang dilakukannya dan mengarahkan saya mengambil semula bungkusan itu dengan mulutnya,” kata mangsa tersebut ketika ditemui mStar Online di kediamannya pada Selasa.

“Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil guna tangan. Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia dakwa saya tidak ikut arahannya,” katanya

Remaja itu berkata, guru kelasnya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum salah seorang rakan sekelahnya menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Lubuk Perong kerana kesakitan akibat dipukul guru berkenaan.

Bapa kepada pelajar berkenaan yang berusia 45 tahun kemudian telah membawa anaknya itu untuk membuat laporan kejadian tersebut di sebuah balai polis pada hari sama.


Beliau mengakui masih boleh lagi menerima hakikat jika anaknya perlu dirotan kerana melakukan kesalahan disiplin tetapi bukannya diserang sedemikian oleh seorang guru.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kes berkenaan disiasat mengiut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Beliau turut menambah bahawa keterangan daripada pelajar dan guru berkenaan sudah pun diambil bagi membantu proses siasatan. – mStar Online/HAA

Kategori