Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Vaksin Covid-19 Dalam...

GENEVA - Enam vaksin percubaan koronavirus (Covid-19), termasuk tiga dari China, kini memasuki...

Hati-Hati, Lelaki Arab Ini...

SEORANG wanita tertipu dengan seorang lelaki Arab yang berpura-pura alim dengan menawarkan pelbagai...

Lebih 9,000 Banduan Peroleh...

MELAKA - Sebanyak 9,390 banduan memperoleh perintah parol sejak sistem itu dilaksanakan di...

Politik Melayu, Islam Jaminan...

KUALA LUMPUR – Masa depan UMNO bergantung kepada bagaimana parti Melayu itu memperjuangkan...

Guna Serbuk Kopi Hasilkan Lukisan Tahun Baharu Cina, COVID-19

KLUANG – Kopi bukan sekadar minuman, malah adunan serbuk kopi boleh menghasilkan sebuah lukisan menarik.

Sebagai persediaan menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina, Bendahari Persatuan Kebajikan Keluarga Harapan Kluang Johor yang juga pemilik bersama sebuah kafe di sini, Ai Zhi Yong, 29, menggunakan serbuk kopi ‘Cap Televisyen’ yang terkenal di bandar ini untuk menghasilkan lukisan bertemakan perayaan itu.

Sejajar dengan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan kerajaan sehingga 18 Februari ini, Ai, yang meminati seni lukis sejak kecil turut menyelitkan mesej berhubung prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam 10 lukisan Tahun Baharu Cina dihasilkannya itu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai.

Menurut Ai, kesemua lukisan itu bukan sekadar untuk dihias di kafe berkenaan, malah akan turut dijual bagi mencari dana menampung perbelanjaan golongan kurang bernasib baik di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan Keluarga Harapan Kluang.

“Salah satu lukisan saya memaparkan suasana ‘makan besar’ berserta hiasan tanglung yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya juga ada selitkan sedikit mesej dalam tulisan Mandarin seperti ‘tidak mengapa tidak dapat berkumpul pada sambutan kali ini kerana masa berkumpul tidaklah terhad dalam satu tempoh sahaja’ selain ucapan ‘sihat’ dan ‘sejahtera’, ” katanya yang ditemui Bernama di kafe berkenaan, baru-baru ini.

Anak jati Kluang itu berkata lukisan-lukisan lain pula memaparkan ikon lain seperti lembu dan limau mandarin yang berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina, namun, turut diselitkan mesej berhubung COVID-19 seperti #MCO2.0 (PKP 2.0), ‘stay safe’ (kekal selamat) dan ‘stay home’ (duduk rumah).


Setiap lukisan pada kertas lukisan itu mengambil masa antara sejam dan dua jam untuk disiapkan bergantung kepada kerumitan lukisan dan tona warna kopi yang diinginkan.

Ai berkata pada Oktober lepas, dia menghasilkan 10 lukisan bangunan ikonik di bandar ini menggunakan serbuk kopi sama bagi kutipan dana sama dengan dijual antara RM250 dan RM300 setiap satu.

Tiga daripada lukisan terbabit berjaya dijual dengan dana terkumpul sebanyak RM680, termasuk dibeli seorang wakil rakyat kawasan itu, katanya.

Antara 10 lukisan itu membabitkan bangunan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, kedai kopi PKH di Jalan Mersing, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa 2, Stesen Keretapi Kluang serta sebuah gerai nasi ayam popular di Pasar Kampung Paya.

“Sejak tercetusnya COVID-19 dan pelaksanaan PKP, pendapatan kafe dan persatuan kami terjejas, maka, kami perlu mencari punca lain untuk kelangsungan mereka yang memerlukan,” katanya sambil menambah bahawa kafe tersebut kini turut menerima sumbangan bungkusan makanan daripada orang ramai setiap hari yang kemudian diedar semula kepada golongan susah dan gelandangan. – BERNAMA

Kategori