Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Usahawan Tani, Agro-Makanan Wanita...

SERDANG - Meningkatkan jumlah usahawan tani dan agro-makanan wanita dan menjadikan mereka lebih...

Amaran Tsunami Dikeluarkan Susulan...

JAKARTA: Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) mengeluarkan amaran tsunami susulan...

YouTuber Tawar Rp10 Juta...

JAKARTA - Personaliti YouTuber terkenal, hasanjr11 memohon maaf kepada umat Islam atas tindakannya...

Ingin Kesegaran, Boleh Ke...

TOKYO – Mandi dalam kolam teh hijau? Adakah anda mahu mencubanya. Jika ya,...

Liga Juara: Guardiola Yakin City Lepas

MANCHESTER, England – Pep Guardiola yakin Manchester United tidak akan digantung daripada Liga Juara-Juara susulan siasatan ‘fair play’ kewangan (FFP) selepas menerima pendapat daripada senior kelab itu.

Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin menjanjikan satu tindakan ‘segera’ berhubung penilaian terhadap tuduhan City sudah melanggar peraturan FFP.

Majalah Jerman, Der Spiegel menerbitkan maklumat yang dikatakan diterima daripada Football Leaks, November lalu, dengan menyatakan City sudah memeterai satu ikatan tajaan bagi mengelak peraturan yang mengehadkan sebanyak mana kewangan yang boleh disalurkan ke dalam kelab.

City membalas dakwaan laporan itu dengan berkata, terdapat satu percubaan ‘teratur dan jelas’ untuk merosakkan reputasi kelab dan e-mel yang mendedahkan tuduhan itu jelas diperoleh secara haram.

Kelab berdepan penggantungan daripada menyertai mana-mana pertandingan UEFA termasuk Liga Juara-Juara sekiranya didapati bersalah kerana melanggar peraturan FFP.

City pernah didenda 60 juta euro (RM284 juta) dan ia tertakluk kepada skuad, gaji dan perbelanjaan bagi penyelesaian isu pada 2014 yang dipersetujui dengan UEFA berikutan pelanggaran peraturan sebelum ini.


Guardiola berkata, City akan menerima hukuman tetapi tidak percaya ia akan berakhir sebegitu selepas beliau berbincang dengan pengerusi Khaldoon al Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ferran Soriano.

“Kami tidak akan digantung, tidak. Itu yang saya fikirkan kerana saya percaya dengan apa yang dijelaskan oleh pengerusi, CEO kepada saya. Saya percaya dengan mereka.

“Sekiranya berlaku kerana ia keputusan UEFA, kami akan menerimanya.” – AFP/BH ONLINE

Kategori