Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

102,436 Dos Penggalak Diberi...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 102,436 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar...

Ali Abd Jalil –...

APAKAH anda mengenali dan ingat Ali Abd Jalil?Seorang aktivis kontroversi yang melarikan diri...

Bicara Kes Rasuah Abdul...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez...

Rusuhan Kuil Kaliamman: 28...

KUALA SELANGOR - Polis menahan 28 individu terlibat dalam rusuhan bersenjata di Kuil...

Guan Eng Perlu Akui Kelirukan Peniaga Cina

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau How Chai menggesa DAP mengakui telah mengelirukan komuniti perniagaan Cina dengan mengatakan bahawa cukai barang dan jualan (SST) akan mengurangkan beban hidup mereka.

Dominic berkata, ia berikutan tinjauan yang dibuat oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) yang menunjukkan lebih separuh daripada komuniti perniagaan Cina kini memilih cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini dimansuhkan berbanding SST.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng harus mengakui bahawa dia dan pihaknya bersalah mengelirukan masyarakat Cina untuk menghapuskan GST dengan memperkenalkan semula SST, dan SST adalah kegagalan. Kini terbukti SST bukan lebih baik.

“Keadaan sekarang lebih buruk apabila kos menjalankan perniagaan meningkat sebanyak 10 peratus mengikut kajian terbaru oleh Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada awal Februari.

“Kaji selidik ACCCIM terkini melaporkan bahawa 40 hingga 72 peratus daripada responden dalam industri yang berbeza melaporkan peningkatan dalam harga jualan dan sebahagiannya telah memindahkannya kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Tambah Dominic, pihaknya percaya GST adalah sistem percukaian yang lebih baik kerana ia mempromosikan ketelusan dan boleh dikembalikan walaupun dikenakan cukai pada setiap peringkat.

“Kerajaan boleh mengurangkan kadar sebelumnya sebanyak 6 peratus hingga 3 peratus untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan pada masa yang sama menghalang sebarang aliran keluar cukai yang tidak sah daripada menguras wang negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori