Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Rancang Kewangan Elak Kegagalan...

KOTA BHARU - Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara...

Harga Minyak Masak 5KG...

Kuala Lumpur : Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun...

Pembangkang Gagal Bangunkan Hutan...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Rintihan Hati Isteri Pertama...

Boleh dikatakan, antara perkara paling hangat diperkatakan sekarang adalah penyebaran gambar dan video...

Guan Eng Nafi E-Tunai Rakyat Tak Dapat Sambutan

PUTRAJAYA – Sebanyak 200,000 permohonan e-Tunai Rakyat diterima kerajaan menerusi tiga pengendali e-dompet setakat tengah hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, 100,060 permohonan sudah diluluskan.

“Angka ini setakat tengah hari ini,” katanya.

Menurutnya, angka tersebut sekali gus menafikan laporan akhbar tempatan berbahasa Cina bahawa program tersebut tidak mendapat sambutan.

“Ia tidak benar. Kita akan keluarkan angka bagi tempoh 24 jam esok,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng mengarahkan pegawainya berhubung semula dengan pengendali Touch and Go berikutan aduan rakyat berdepan dengan masalah pengoperasian sistem.


“Hang lagi ke? Tadi saya dimaklumkan sudah okay. Kali ini kita mesti marah mereka,” selorohnya.

E- Tunai Rakyat merupakan program pemberian RM30 kepada 15 juta individu berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Ia boleh dituntut menerusi aplikasi Touch and Go, Grab dan Boost bermula jam 8 pagi tadi. – Sinar Harian

Kategori