Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2,875 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 2,875 kes direkodkan...

Pemandu Grab Cederakan Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Sarawak Mohon Lebih Banyak...

MIRI - Sarawak telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan lebih banyak sekolah...

Najib Kutuk Sekeras-Kerasnya Gejala...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengutuk...

Guan Eng Jangan Bersikap Defensif

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bersikap defensif menjawab kebimbangan ramai mengenai kelemahan ringgit.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menggunakan tarikh yang tidak betul untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, Guan Eng sepatutnya ambil perhatian terhadap kebimbangan bahawa secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) keadaan agak menggusarkan kerana aliran nilai sudah bergerak bertentangan.

“Harga minyak dunia semakin naik tetapi ringgit semakin turun,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, prestasi ringgit berada pada paras terbaik antara mata wang lain sejak kerajaan bertukar pada PRU14.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kebimbangan Najib mengenai kelemahan ringgit.

Najib berkata, Guan Eng sepatutnya mengambil langkah untuk mencegah kemungkinan ringgit akan turun dengan lebih teruk lagi.

Katanya, beliau juga sepatutnya memastikan Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi jika harga minyak dunia tiba-tiba turun dengan banyak seperti yang berlaku pada 2015 dan 2016.

Katanya, agak pelik apabila Guan Eng memberi contoh nilai mata wang ringgit kini hanya lemah sebanyak 2.2 peratus sejak akhir 2017 dan lebih baik berbanding mata wang dari negara lain dan ini menunjukkan kepercayaan pelabur kepada kerajaan baharu.

Sebelum ini, Najib berkata Guan Eng salah titik perpuluhan dan selepas itu, beliau salah faham mengenai barang basah sehingga menyebabkan cukai jualan 10 peratus dikenakan ke atas barang basah.


“Kini Guan Eng salah tarikh pula. Kerajaan tukar bukan pada akhir 2017 tetapi pada 9 Mei 2018.

“Sebelum PRU14, iaitu sejak akhir 2017, nilai ringgit berbanding Dolar Amerika semakin mengukuh.

“Selepas PRU14, aliran ini jelas berubah dan ringgit semakin lemah sehingga kini iaitu dari RM3.85 pada April sebelum PRU14 kepada RM4.15 pada masa ini,” katanya

Beliau berkata ringgit juga lebih lemah sejak PRU14 berbanding mata wang lain di rantau ini.

“Sebagai contoh, berbanding Dolar Singapura, ringgit menyusut dari RM2.94 kepada RM3.02 dan dengan Thai Baht dari 8.1 baht kepada 7.6 baht, pada masa ini,” katanya.

Najib berkata, antara faktor yang dinyatakan kebanyakan penganalisa mengapa ringgit lebih lemah sejak PRU-14 ialah pengaliran keluar dana asing yang besar dan dasar kerajaan yang tidak menentu atau tidak konsisten. – BH Online

Kategori