Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shakira Bakal Didakwa Elak...

MADRID - Pendakwa raya Sepanyol akan memfailkan aduan terhadap Shakira kerana dakwaan mengelakkan...

Derma Untuk Guru RM1,...

BARU-baru ini sebuah posting berjudul 'Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1' yang ditulis oleh...

Teruja Rasai Pengalaman Thaipusam...

SERONOK... Thaipusam disambut penganut Hindu di kuil di Batu Caves menarik perhatian pelancong...

Ronaldo Akhiri Kemarau Jaringan

MILAN - Cristiano Ronaldo ak­hirnya berjaya menjaringkan gol dalam Serie A Itali ketika...

Gua Naga Mas Ditutup Sementara Untuk Kerja Penyelidikan Fosil

GOPENG – Gua Naga Mas di sini akan ditutup sementara mulai esok untuk kemudahan menjalankan kerja-kerja penyelidikan rangka fosil vertebrata dipercayai harimau purba yang terbenam di siling gua berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata memandangkan gua ini merupakan tempat ibadat bagi penganut Buddha, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penganut Agama Buddha di sini untuk menutup kawasan gua ini.

Mereka bersetuju memberi laluan kepada kerja-kerja penyelidikan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kajian akan dilakukan oleh sekumpulan pakar arkeologi dan geologi dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk pensyarah universiti awam.

Penutupan itu juga bagi mengelak sebarang kerosakan atau kecurian ke atas tulang fosil tersebut.

“Sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan di bawah Penasihat Pakar Geopark Kebangsaan Lembah Kinta untuk mengkaji fosil tersebut serta perancangan kerajaan negeri terhadap fosil itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke gua berkenaan di sini hari ini.


Menurut Tan, fosil yang berusia antara 2.5 juta tahun dan 11,000 tahun lalu itu telah ditemui oleh sekumpulan pengkaji bumi pada 1992 dan berukuran panjang 98 sentimeter didapati terdedah di bahagian siling gua iaitu kira-kira tujuh meter daripada lantai gua batu kapur berkenaan.

Sementara itu, pensyarah Zooarkeologi Universiti Sains Malaysia, Dr Velat Bujang berkata kajian terhadap fosil itu akan dilakukan selepas proses pemuliharaannya selesai dijalankan.

Katanya, penyelidikan dan kajian itu membabitkan proses pemetaan bercahaya secara tiga dimensi (3D) selain menggunakan alat pengimbas. – BERNAMA

Kategori