Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ku Li Umum Tak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyertai perbahasan...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

Jenama Yang Anda Tidak...

Artikel ini pasti membuatkan anda tergamam membacanya kerana anda mungkin tidak percaya apa...

Proton ‘Iriz’ Menang Anugerah...

KUALA LUMPUR - Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) telah mencatatkan sejarah...

GST: Najib Akui Rasa Terbela Dengan Laporan PAC

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berasa terbela dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyatakan tiada rompakan atau penyelewengan dalam kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menurut beliau, cara pentadbiran wang itu telah dilakukan mengikut nasihat pegawai-pegawai Kementerian Kewangan termasuk Ketua Akauntan Negara ketika itu.

“Cara pentadbiran duit itu masuk dalam consolidated account (akaun disatukan) dulu sepenuhnya. Daripada akaun disatukan itu baru kita agih untuk bayaran balik GST kerana jumlahnya tidak diketahui.

“Ia bergantung kepada kesahihan tuntutan dan sebagainya. Dalam pada itu, duit masuk itu kita akan guna untuk urusan pentadbiran seperti kos pentadbiran kerajaan, perkhidmatan rakyat dan juga untuk pembangunan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak ada kehilangan dalam kutipan GST.

Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.


Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kaedah yang digunakan itu amat sesuai dan turut digunakan negara lain seperti Singapura.

“Jadi mustahil ada penyelewengan, mustahil ada perompakan sama sekali,” katanya.

Menurut beliau, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah melakukan pembohongan di dalam Dewan Rakyat apabila mendakwa wang kutipan GST telah ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu.

“Ini satu tuduhan yang amat serius dan BN telah buat laporan untuk jawatan kuasa hak dan kebebasan Parlimen,” katanya. – Sinar Harian

Kategori