Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kehadiran Pelajar Ke Sekolah...

PUTRAJAYA : Kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan...

Kononnya Hendak Sakitkan Hati...

BUDAK lelaki berusia tiga tahun yang muncul dalam rakaman video dan didakwa dipaksa...

KKM Siap Siaga Hadapi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang risiko peningkatan kes COVID-19 susulan orang ramai yang lengkap vaksinasi kini dibenarkan merentas negeri.

Jangan Ambil Mudah Penubuhan...

SEPANG - Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu oleh...

GST: Hormati Mandat Rakyat – Guan Eng

PUTRAJAYA – Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sementara menantikan keputusan dibuat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua pihak perlu menghormati mandat yang telah diberikan rakyat kepada kerajaan PH semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Dalam pilihan raya yang lalu, rakyat memberi mandat yang jelas (kepada Pakatan Harapan) mereka menolak GST sebanyak enam peratus.

“Jadi, jika mereka betul-betul mahukan GST dilaksanakan semula, kena ada mandat dahulu.

“Mekanisme (untuk mendapatkan mandat tersebut) akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Tetapi PRU hanya berlangsung setahun yang lalu dan rakyat telah menolak GST dengan memberi mandat kepada kami.

“Kami telah melaksanakan janji-janji (pilihan raya) tersebut.

“Melainkan anda boleh memberikan bukti-bukti kukuh yang mengatakan rakyat mahukan GST dilaksanakan semula, saya rasa kita harus menghormati mandat yang telah diberikan oleh mereka dahulu,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pelaksanaan semula GST hangat didebatkan akhir-akhir ini terutamanya dalam kalangan pakar-pakar ekonomi dan parti pembangkang.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan daripada pemberita memberitahu, kerajaan sedia mempertimbangkan pelaksanaan semula GST sekiranya itu yang dimahukan oleh rakyat.


Bagaimanapun menurut Guan Eng, Perdana Menteri tidak pernah memberitahu beliau mengenai perkara berkenaan.

Jelasnya, sebagai seorang Menteri Kewangan, beliau telah menyaksikan penghapusan GST berjaya membantu negara mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat.

“Hakikatnya, selepas penghapusan GST, kita berjaya mengekang inflasi.

“Inflasi pada bulan lepas hanya 1.5 peratus berbanding sekitar tiga peratus semasa pelaksanaan GST di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Saya yakin kadar inflasi bagi keseluruhan tahun ini tidak akan melebihi 1.5 peratus.

“Jika kita benarkan GST dilaksanakan semula, inflasi akan meningkat,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mahukan GST dilaksanakan semula pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus, Guan Eng menjawab “kadar tersebut terlalu neutral.”

Beliau bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataan berkenaan.

Kategori