Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zamani Tak Ditahan Semula,...

KUALA LUMPUR - Tempoh jaminan polis terhadap bekas vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang...

#DoneTerawih: Janna Nick Dikecam...

PELAKON comel, Janna Nick dikecam hebat oleh ramai netizen menerusi laman Instagram (IG)...

P.Pinang Sanggup Korbankan Alam...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang sanggup mengorbankan kualiti alam sekitar di Permatang...

Menteri Kabinet & Netizen...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Kabinet dan anggota Parlimen serta pengguna internet atau lebih...

Graduan USIM Diingatkan Tanam Integriti, Amanah

NILAI – Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diingatkan agar menanamkan aspek integriti dan amanah dalam pekerjaan kerana ia amat penting dalam memastikan kerukunan dalam sesebuah organisasi dan negara.

Pro-Canselor USIM, Tun Zaki Azmi berkata sebagai umat Islam, mereka perlu belajar daripada sejarah kejatuhan banyak negara bangsa dan tamadun dunia kerana alpa dengan kuasa duniawi.

“Bagi membolehkan umat Islam mendapatkan keberkatan dalam hidup ini, nilai-nilai murni perlu dijadikan amalan seharian di samping mengelakkan perbuatan negatif seperti rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya.

“Elakkan daripada sikap hasad dengki yang memudaratkan diri dan masyarakat. Sebaliknya, kita hendaklah selalu bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Sesungguhnya Allah suka kepada hambanya yang selalu bersyukur dan beramal kepadaNya,” katanya dalam ucapan pada majlis Konvokesyen USIM di sini, hari ini.

Katanya ‘Pembangunan Lestari’ dipilih sebagai tema Majlis Konvokesyen USIM ke-16 menggambarkan kepentingan untuk graduan mempunyai nilai keseimbangan agar dapat menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara kelak.

Seramai 2,712 graduan menerima ijazah sempena majlis Konvokesyen Kali Ke-16 USIM yang menyaksikan seramai 113 penerima Doktor Falsafah (PhD), 119 penerima Sarjana, Ijazah Sarjana Muda (2,379 orang) dan Diploma 101 orang. – BERNAMA

Kategori