Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Komando Hilang: Unit...

Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian bekas komando...

Ikhwan Kool FM Akui...

SETELAH dua kali putus tunang, pengacara dan penyampai radio Kool FM iaitu Ikhwan...

Tiada Pegawai, Anggota Polis...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada pegawai dan anggota...

Heboh Satu Sekolah… Ular...

LAGI kes ular masuk sekolah.  Kecoh sebuah sekolah di Labuan apabila mengetahui seekor ular...

Grab Tawar Diskaun Pada Hari Mengundi 9 Mei Ini

KUALA LUMPUR – Grab, peneraju platform pengangkutan atas permintaan dan fintech terkemuka Malaysia dan Asia Tenggara, menawarkan diskaun ke atau dari mana-mana pusat mengundi di seluruh negara pada 9 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.

Diskaun berkenaan sah untuk semua pusat mengundi di 25 bandar di seluruh negara yang Grab kini beroperasi, dan juga dua kawasan baru – Lahad Datu dan Sarikei – yang akan mula mendapat perkhidmatannya pada 2 Mei.

“Kunjungi katalog GrabRewards dan hanya 250 mata, tebus RM5 diskaun untuk satu perjalanan, sah untuk mana-mana kaedah pembayaran pada 9 Mei 2018 sahaja,” kata Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, dalam satu kenyataan hari ini.

“Antara perkara paling penting bagi kami di Grab adalah suara Grabbers kami. Maklum balas dan pendapat mereka penting kepada kami dan kami berusaha keras untuk membuat semua orang merasa dihargai dan yakin bahawa suara mereka penting dalam membentuk sebuah syarikat yang boleh kami bangga untuk menjadi sebahagian daripadanya.

“Oleh itu, kami juga perlu mengingatkan rakyat Malaysia bahawa suara dan undi mereka penting dalam menentukan Malaysia, negara yang kita diami,” katanya dalam kenyataan itu.


Maklumat lanjut mengenai ‘Election Day GrabRewards’ dan kod promo boleh didapati di https://www.grab.com/my/blog/my-nation-my-destination/. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Grab

Kategori