Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon UMNO Selangor Perlu...

SHAH ALAM - Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) Selangor bagi Pilihan...

Penulis Didakwa ‘Hina Nabi’...

Polis terpaksa membebaskan penulis Uthaya Sankar SB - yang didakwa mempunyai unsur penghinaan...

Ahmad Zahid Ziarah Timbalan...

BATU PAHAT - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Pesara Guru Rugi RM25,000...

KUANTAN - Seorang pesara guru menanggung kerugian RM25,000 selepas terpedaya dengan seorang lelaki...

Grab Siasat Kes Pemandunya Serang Pelajar Sekolah

GRAB Malaysia dalam kenyataanya berkata pihak mereka kini sedang meneliti insiden di mana pemandunya didakwa telah menyerang seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun, petang semalam.

Dalam kejadian itu, pelajar tingkatan lima itu cedera dipercayai dipukul pemandu GrabCar yang dipesannya dari pusat beli-belah Times Square untuk pulang ke rumahnya di Puchong.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, pelajar tersebut mengalami patah hidung akibat dipukul suspek lelaki yang berpunca daripada salah faham.

Ketua Operasi GrabCar dan GrabTaxi Lembah Klang, Wan Khye Theng berkata, pihaknya akan mengambil tindakan setimpal sebaik penyiasatan insiden itu selesai.

“Kami sesekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti keganasan baik daripada kedua-dua pihak pemandu mahupun penumpang,” katanya memetik laporan The Star.

Wan turut menasihatkan pemandu dan penumpang agar segera menggunakan butang kecemasan yang terdapat dalam aplikasi Grab sekiranya kejadian tidak diingini menimpa mereka.

“Jangan sesekali teragak-agak untuk menghubungi talian khidmat pelanggan kami atau gunakan butang kecemasan SOS seperti yang terdapat dalam aplikasi penumpang dan butang panggilan kecemasan untuk polis dalam aplikasi pemandu,” tambahnya.


Susulan kejadian itu, pemandu lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

Menerusi siasatan polis, pemandu yang sudah dua tahun berkhidmat dengan perkhidmatan e-hailing itu tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC 

*Video tiada kaitan dengan artikel di atas…

Kategori