Grab Didenda Lebih RM86 Juta – MyCC

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadang Grab didenda RM86,772,943.76 kerana amalan menindas.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, berkata Grab turut dikenakan denda kewangan harian sebanyak RM15,000 bermula hari ini, sekiranya gagal ambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC untuk menangani isu persaingan berkaitan.

Katanya, Grab didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab, dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

“Grab diberi 30 hari bermula hari ini untuk memberikan reprensentasi mereka kepada MyCC,” katanya di sini, hari ini.

Iskandar berkata, Grab melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif.

Beliau berkata, sejak penggabungan Grab dan Uber pada Mac 2018, MyCC menerima banyak aduan terhadap Grab. – BH Online

Loading...