Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyokong Saiful Bukhari Pesan...

Hari kelima prosiding kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan...

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi...

PM Curi Tumpuan Pada...

PEKAN - Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik...

Malaysia Akan Hantar Surat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada India mengenai pendirian untuk...

Ramsay Takkan Warisi Harta RM623 Juta Pada Anaknya

DIA mungkin seorang chef selebriti antarabangsa yang kaya-raya namun Gordon Ramsay berikrar untuk tidak memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan.

Walaupun mempunyai harta kekayaan bernilai kira-kira £113 juta (RM623 juta), Ramsay, 50, memberitahu The Telegraph bahawa dia tidak akan membahagikan jumlah itu sama rata di antara anak-anaknya.

Sebaliknya, dia dan isteri, Tana Ramsay, bersetuju untuk menanggung cuma 25 peratus daripada kos bayaran muka apartmen anak-anak mereka. Itu sahaja!

“Harta saya sudah tentu tidak akan diwarisi kepada mereka, dan saya bukan mahu menjadi kejam: saya cuma tidak mahu mereka terlalu dimanjakan,” kata Ramsay kepada akhbar tersebut.

Ramsay Takkan Warisi Harta RM623 Juta Pada Anaknya
Gordon Ramsay dan isterinya Tana (hujung, kanan), mengapit anak-anak mereka: Matilda, 15, kembar Jack dan Holly, 17, dan Megan, 18. – Sumber foto: Getty Images.

Bukan sahaja itu, malah Ramsay juga meletakkan anak-anaknya– Matilda, 15, kembar Jack dan Holly, 17, dan Megan, 18, – di dalam penerbangan kelas ekonomi manakala dia dan isterinya duduk selesa di kelas pertama.

Berpendapat anak-anaknya “tidak pernah bekerja keras langsung untuk melayakkan mereka dimanjakan dengan kemewahan”, personaliti televisyen itu turut menambah: “Saya dan isteri masuk ke bahagian kelas pertama manakala anak-anak kami masuk ke pintu lain, dan setiap kali saya akan pesan kepada ketua pramugari yang bertugas, “pastikan budak-budak tu tak cari kami langsung, saya mahu berehat dalam kapal terbang ni”.

“Anda akan lebih menghargai sesuatu jika anda bekerja keras untuk mendapatkannya,” jelas Ramsay lagi.


Mahu mengajar anak-anaknya berjimat-cermat, Ramsay beri tiga anak-anaknya yang masih bersekolah duit poket £50 (RM275.66) sahaja seminggu, termasuk tambang bas dan belanja telefon bimbit mereka.

Anak sulungnya, Megan, yang kini belajar di universiti pula hanya diberikan belanja mingguan £100 (RM551.32).

Senario ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan sesetengah artis tempatan yang terlalu memanjakan anak mereka dengan wang ringgit, walaupun jelas dan nyata Ramsay berkali-kali ganda lebih filthy rich! – MYNEWSHUB.CC

Kategori