Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Tidak Minat...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah baginda tidak berminat dalam perdebatan atau polemik...

Anggota Tentera Mengaku Tidak...

MELAKA - Seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari...

Usahawan Raikan Pesta Iklan...

RATUSAN Produk Bumiputera yang selama ini gagal mendapat tempat di TV bakal muncul...

Penunggang Maut Langgar Bucu...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaannya melanggar bucu belakang sebuah trak...

Gol Goulon Sah Dicalonkan Ke Anugerah Puskas

KELANA JAYA – Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke FIFA bagi pencalonan Anugerah Puskas 2019.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Pahang FA untuk menghantar pencalonan tersebut.

“Pihak Pahang FA telah meluluskan untuk kita menghantar pencalonan gol Goulon ke FIFA dan ia akan dihantar hari ini.

“Goulon menjadi pemain kedua selepas Syahmi (Safari) menjadi individu pertama dihantar FAM untuk pencalonan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jaringan menakjubkan pertahanan Pahang dari Perancis itu bukan sahaja mendapat perhatian peminat tanah air, tetapi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah turut tertarik dengan jaringan tersebut.

Perlawanan tersebut menyaksikan Tok Gajah melakar kemenangan 3-1 ke atas Perak dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Kategori