Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lara Alana Masih Belum...

PENGACARA Awal Ashaari mengakui dia dan isteri, Scha Alyahya masih belum mempunyai perancangan...

Ketua Polis Jambi Terbabit...

JAKARTA: Lima penumpang dan tiga kru dilaporkan hilang selepas helikopter milik polis dinaiki...

Larangan Haji Tahun Ini,...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung...

Model Maut Akibat Disumbat...

KADER KAYA, yang merupakan seorang model, keluar dari rumah untuk menghadiri satu temuduga kerja...

Gojek: Adakah Kuala Lumpur Sesak Seperti Jakarta?

KUALA LUMPUR – Keputusan jemaah menteri memberi kebenaran berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai gojek di negara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tidak ketinggalan, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang mempersoalkan kewajaran perkhidmatan tersebut dan beliau turut membandingkan pelaksanaannya dengan negara jiran, Indonesia. 

“Ojek adalah pengangkutan awam tidak formal menggunakan motosikal di Indonesia, tujuannya mengatasi kesesakan lalu lintas dan kekurangan pengangkutan awam. Dikomersialkan dengan jenama Gojek menggunakan aplikasi Internet.

“Soalannya ialah adakah Kuala Lumpur sesak dan kurang pengangkutan awam seperti Jakarta? Apakah ini pengakuan bahawa berpuluh bilion ringgit yang dibelanjakan membina Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid KL serta memperluaskan sistem jalan raya gagal mencapai matlamat?” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, untuk pelaksanaan perkhidmatan itu, jemaah menteri telah memutuskan agar kajian undang-undang perlu dibuat terlebih dahulu.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah diberikan tanggungjawab untuk mewujudkan ruang dan undang-undang bagi membenarkan perkhidmatan itu dilaksanakan.


Dalam pada itu, A. Kadir turut mempersoalkan sama ada perkhidmatan gojek tersebut merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi yang menjadi dasar kerajaan hari ini.

“Adakah ia akan menjadi satu lagi kegiatan ekonomi yang akan meletakkan bumiputera di tangga terendah dalam hierarki pendapatan?” soalnya lagi.

Beliau dalam pada itu turut membangkitkan isu keselamatan ketika penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan tertinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara ini.

“Apakah jaminan keselamatan memandangkan kadar kemalangan jalan raya dan nisbah kematian yang tinggi khususnya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal?” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori