Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fail Permohonan Kebenaran Semakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan...

52 Warga China Terbabit...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur menahan 52 warga China...

Kira-Kira Sejuta Pengunjung Banjiri...

PUTRAJAYA - Kira-kira satu juta pengunjung tempatan dan luar negara dijangka membanjiri Festival...

Zulhuzaimy Selamat Bertunang Dengan...

WALAUPUN pernah melalui kegagalan perkahwinan sebelum ini, pelakon Zulhuzaimy tidak pernah menjadikan perkara...

Godam Komputer Curi Maklumat Siasatan MH370

KUALA LUMPUR: Komputer-komputer milik pagawai tertinggi agensi-agensi yang terlibat dalam penyiasatan MH370 dipercayai telah digodam dan maklumat telah dicuri.

Maklumat yang dicuri itu didakwa dihantar ke komputer di China sebelum CyberSecurity Malaysia – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agensi  menyekat transmisi dan menutup komputer yang terlibat.

Pakar keselamatan siber negara mendedahkan bahawa satu perisian (malware) canggih digunakan (perisian virus), yang menyamar sebagai artikel berita melaporkan bahawa hilang Boeing 777 telah dijumpai, email telah dihantar kepada pegawai-pegawai pada 9 Mac, sehari selepas pesawat Malaysia Airlines hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Turut dilampir dalam email tersebut seperti dokumen berbentuk PDF dan perisian tersebut akan mengeluarkan virus apabila pengguna menekan butang klik padanya.

Satu sumber memberitahu kepada The Star,  bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Malaysia Airlines adalah antara yang disasarkan oleh penggodam.

“Kami menerima laporan daripada pentadbir agensi memberitahu rangkaian mereka telah sesak dengan e-mel pengguna,” kata Ketua Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab.

“Sebahagian email yang ada dalam komputer pegawai-pegawai ini adalah data sulit daripada  termasuk minit mesyuarat dan dokumen penting. Sebahagian daripada berkaitan dengan siasatan MH370 itu.

“Kira-kira 30 PC dijangkiti oleh malware, kata CyberSecurity Malaysia”.


Didapati perisian telah menghantar maklumat tersebut kepada alamat IP di China dan memberitahu kepada pembekal perkhidmatan internet di rantau itu supaya menyekatnya.

IP (Internet Protocol) adalah label berangka yang unik diberikan kepada setiap peranti dalam rangkaian komputer. |

“Ia adalah satu perisian yang sempurna dan program antivirus tidak dapat mengesannya. Ia adalah sesuatu yang amat canggih,” jelas Amirudin.

Pihak agensi dan polis sedang bekerjasama dengan Interpol mengenai kejadian itu. CyberSecurity Malaysia mengesyaki penggodam ini  mencuri maklumat siasatan MH370.

“Pada masa ini, terdapat beberapa orang menuduh kerajaan tidak telus dalam memberi maklumat penting.

“Tetapi segala-galanya mengenai penyiasatan itu telah didedahkan,” jelas Amirudin.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira 45 minit selepas berlepas. – mStar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori