Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zul Ariffin Dedah Zahirah...

SEMAKIN hangat nampaknya nama Zul Ariffin dan Zahirah sejak kebelakangan ini.Selepas gambar mereka...

3.9 Juta Pengguna Mula...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini...

Agong Kutuk Serangan Keganasan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Zuraida Sedia Lepas Jawatan...

PETALING JAYA - Sekalipun Presiden Parti Keadilan Rakyat seorang wanita, namun ketua sayap...

Gobind Arah RTM Sedia Laporan Dakwa Sabotaj Menteri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyediakan laporan berhubung dakwaan stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj seorang menteri.

Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutnya.

“Ia diutarakan malam tadi, saya telah melihatnya awal pagi ini. Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainya dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut,” katanya pada sidang media selepas melancarkan percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkinan RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pembantu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoalkan tindakan RTM kerana tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu pada liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa menteri yang lain.


Ditanya sama ada menjadi kewajipan kepada RTM untuk menerbit atau menyiarkan sebarang ucapan oleh seseorang menteri, Gobind berkata ia adalah liputan secara langsung.

“Ia bukan mengenai cetak, ia mengenai liputan langsung. Inilah sebabnya saya meminta RTM untuk memberitahu saya terutamanya apabila terdapat permintaan untuk mereka buat liputan acara, apakah syarat dan prosedur standard operasi. Saya berpendapat ini antara perkara yang perlu saya lihat sebelum saya komen mengenainya,” katanya. – BERNAMA

Kategori