Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PTPTN Sasar 100,000 Akaun...

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun...

Sultan Muhammad V Berangkat...

KOTA BHARU - Cuaca cerah mengiringi keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke...

Dihalang Solat Dalam Masjid...

JAKARTA - Video lelaki cacat diarah untuk bersolat di luar Masjid Besar Sumatera...

Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’,...

"Kalau boleh, jangan guna perkataan "awak" bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye,...

Gobind Akan Temui AG Berhubung Sabitan Terhadap Fahmi Reza

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata beliau akan menemui Peguam Negara (AG) Tommy Thomas bagi mendapatkan pandangannya tentang sabitan terhadap pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin kerana menerbitkan karikatur satira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini berikutan ada moratorium dalam penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) susulan cadangan kerajaan meminda akta itu.

“Ada pandangan menyatakan bahawa moratorium hanya terpakai kepada kes yang masih belum selesai atau individu yang akan dituduh, bukan kes yang sudah diputuskan. Saya akan jumpa AG dan bincangkan perkara ini dengan beliau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Dilaporkan pada 12 Nov lalu Mahkamah Tinggi Ipoh mengekalkan sabitan bersalah terhadap Mohd Fahmi Reza menurut CMA kerana menerbitkan karikatur Najib dalam bentuk badut menerusi Facebook dua tahun lalu.

Dilaporkan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Radzi Harun bagaimanapun membatalkan hukuman penjara Mohd Fahmi Reza dan mengurangkan denda yang dikenakan terhadapnya daripada RM30,000 kepada RM10,000.

Gobind juga berkata kementerian telah berbincang dengan Majlis Peguam Malaysia, polis serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam usaha meminda atau memansuhkan Seksyen 233 dan 211 akta berkenaan.

“Pindaan yang kami usulkan sepatutnya dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini namun kami telah merujuk kepada Majlis Peguam dan Suhakam, dan saya fikir mereka ada pandangan untuk dikongsikan dengan kami. Kami akan cuba lakukan secepat mungkin, jika tidak pada sesi kali ini mungkin Mac tahun depan.


“Kami menimbang untuk meminda Seksyen 233 dan 211. Ada pandangan lain menyatakan kami patut mansuhkan sahaja 233 dan pinda 211. Ada keperluan kepada perundangan ini namun satu pandangan yang diberikan kepada kami ialah perundangan itu harus diselaraskan dengan Kanun Keseksaan,” katanya.

Gobind berkata ini kerana Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan yang berkait perkara sama dengan Seksyen 233.

“Persoalannya bawah bidang kuasa siapa. CMA adalah bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia manakala Kanun Keseksaan bawah polis. Ada dua pihak berkuasa berbeza.

“Ada cadangan agar semua itu diletakkan bawah Kanun Keseksaan dan tentulah disiasat oleh polis. Jadi secara asasnya ia berada bawah satu agensi, satu pihak berkuasa. Saya fikir cadangan itu ada merit dan itulah yang sedang kita semak semula. Kita berbincang dengan polis dahulu untuk menentukan sama ada ia sesuai dan dipersetujui mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori