Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jepun Pecat Jurulatih Kerana...

TOKYO – Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengesahkan sudah memecat jurulatih pasukan kebangsaan...

KPDNKK Selangor Lupus Barangan...

SHAH ALAM - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor...

Quzandria Nur, Qabil Ambak...

KUALA LUMPUR - Jaguh ekuestrian negara Quzandria Nur Mahamad Fathil dan abangnya Mohd...

ICRC Lancar Laman Web...

MANILA - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mewujudkan sebuah laman web bagi membolehkan...

Gimnastik, Gimrama Bukan Sukan ‘Ghairah’

KUALA LUMPUR – Takrifan ‘ghairah’ tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama dan tidak harus dijadikan asas dalam dasar pembangunan sukan, demikian tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata kerisauan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap cara pemakaian atlet gimnastik wanita dan gimrama telah merisikokan masa hadapan atlet wanita yang berpotensi mengharumkan nama negara di pentas sukan.

Malah, katanya, anggapan bahawa kemahiran dan teknik yang ditonjolkan dalam sukan gimnastik dan gimrama sebagai ‘aksi yang boleh mendatangkan ghairah kepada kaum lelaki’ juga tidak harus diterima.

“Sukan adalah pentas para atlet negara mempamerkan disiplin diri dan semangat kesukanan yang tinggi, demi cita-cita untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mata dunia. 

“Maka, takrifan ‘ghairah’ itu tidak pernah wujud dalam arena gimnastik dan gimrama dan ia tidak harus dijadikan asas dalam dasar pembangunan sukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu adalah maklum balas kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mengenai keputusan negeri itu menarik diri daripada menyertai sebarang acara sukan gimnastik wanita dan gimrama kerana didakwa mengeksploitasi serta mempamerkan aksi ghairah seorang wanita.

Ahmad Shapawi berkata, apa yang mengejutkan beliau adalah kenyataan sedemikian rupa datang daripada sebuah negeri yang tidak menjadikan kedua-dua sukan itu sebagai prioriti dalam pembangunan sukan di Terengganu, malah kurang menyertainya dalam mana-mana kejohanan peringkat sekolah mahupun di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) dan kebangsaan.

“Saya tidak pasti kenapa kenyataan itu dikeluarkan pada ketika ini. Sukan adalah satu elemen yang sepatutnya menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. MSN percaya bahawa kerajaan sentiasa perlu menyediakan lapangan yang adil dan saksama kepada sukan untuk semua tanpa mengira agama, jantina dan warna kulit.

“Sukan sentiasa menjadi wadah terbaik penyatuan rakyat Malaysia dan mengutamakan merit serta prestasi atlet melebihi faktor-faktor luaran yang lain,” katanya.

Jelas Ahmad Shapawi, isu pemakaian sukan khususnya bagi sukan-sukan yang melibatkan pendedahan aurat bukan sahaja pernah dibincangkan beberapa kali sebelum ini malahan dibawa sehingga ke peringkat Parlimen.


Justeru, beliau berkata, untuk beberapa jenis sukan tertentu yang secara asasinya menampilkan pemakaian sedemikian rupa adalah terpulang kepada individu yang terlibat dalam sukan itu untuk mempraktikkannya atau tidak selagi tidak menyalahi peraturan sukan antarabangsa atau boleh menyebabkan risiko keselamatan kepada atlet.

Menurut beliau, individu atau atlet berkenaan mempunyai pilihan untuk tidak terlibat dalam sukan itu walau setinggi mana pun minat dan bakat mereka sekiranya merasakan pakaian menyalahi syariah atau berkompromi dan memakai pakaian yang mengikuti syariah jika tiada halangan dari segi garis panduan.

“Sehubungan itu, saya berpandangan adalah tidak wajar dibangkitkan isu pemakaian itu dan mungkin amat malang sekali jika cadangan Kerajaan Negeri Terengganu ini juga akan terpakai kepada yang bukan beragama Islam kerana sukan tidak patut digunakan bagi menyekat kebebasan mereka yang ingin menceburi bidang berkenaan.

“Kami menghargai usaha Kerajaan Negeri Terengganu mencari solusi pemakaian sukan yang bersesuaian kepada masyarakat Islam sepertimana tuntutan syariah dan saya akui bahawa agama adalah aspek penting dalam konteks Malaysia.

“Tetapi tidak wajarlah untuk Kerajaan Negeri Terengganu mengenakan polisi ini kerana isu pemakaian adalah hak peribadi setiap individu, serta keputusan untuk memilih sukan tertentu sedangkan sukan yang lain juga bukan sahaja kepada atlet wanitanya malahan atlet lelakinya juga terdedah kepada pemakaian yang tidak mengikut syariah seperti renang, terjun, olahraga dan sukan popular bola sepak,” katanya.

Wan Sukairi berkata, Kerajaan Negeri Terengganu sedia menarik diri daripada menyertai sukan tertentu sekiranya berdepan halangan dalam etika berpakaian yang bercanggah dengan garis panduan ditetapkan, pada Selasa

Wan Sukairi berkata, terdapat beberapa sukan yang tidak boleh dikompromi misalnya gimnastik dan gimrama untuk wanita.

Kategori