Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerana Punggung Monyet, Wanita...

JIKA bercakap mengenai kemalangan, pasti berlegar-legar di fikiran kesalahan jalan raya yang berbahaya...

Restoran Terbuka, Parlimen Bakal...

KUALA LUMPUR - Mulai Disember tahun ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai...

Ronaldo Makin Menjadi Bersama...

ROME - Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya bersama Juventus apabila dia dan Mario...

Rezeki Anak Kembar, Zizie...

BAGI sesetengah pasangan suami isteri, mereka pasti merancang untuk mendapatkan anak kembar. Namun...

GHL Dapat Kontrak RM25 Juta Subsidi Petrol RON95

KUALA LUMPUR – GHL Systems Bhd. mendapat kontrak bernilai RM25.03 juta untuk mereka dan membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95.

Menurut GHL Systems, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikatnya, GHL Transact Sdn. Bhd. daripada Kementerian Kewangan.

“Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu apabila Kementerian Kewangan mendedahkan butir-butir yang berkaitan.

“Terma-terma kontrak adalah dipersetujui dan akan ditandatangani antara pihak yang terlibat,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini.

Diperbadankan pada 1994, GHL Malaysia beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan enam cawangan di seluruh negara bersama-sama dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Taman Teknologi Malaysia.

Enam anak syarikat termasuk GHL Transact, GHL Payments Sdn. Bhd., GHL CardPay Sdn. Bhd., GHL Epayments Sdn. Bhd., GHL EFTPOS Sdn. Bhd., dan GHL Global Sdn. Bhd.


Syarikat itu menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian dan perkhidmatan pembayaran, terminal tempat jualan (POS), tambah nilai mudah alih, pembayaran bil, kad kesetiaan, Kad Hadiah, pra bayar atau eDompet.

Setakat ini, di Malaysia sahaja, terdapat 205,000 POS yang dimiliki oleh GHL Systems dan rakan kerjasama mereka.

Barisan kepimpinan GHL Systems antaranya dianggotai oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, Datuk Kamaruddin, Taib Naib Pengerusi Eksekutif, Loh Wee Hian dan Ketua Pegawai Eksekutif, Danny Leong. – UTUSAN ONLINE

Kategori