Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sejauh Mana Kita Sedia...

PENULARAN COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi kesan besar kepada pelbagai aspek...

Penduduk Terkejut Polis Tapah...

TAPAH - Terkejut dan tidak sangka. Itu reaksi beberapa penduduk di daerah ini berhubung...

Ekonomi Lebih Kukuh, Kadar...

KUALA LUMPUR - Kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh dan kadar pengangguran akan...

Masih Tidak Serik Setelah...

BESUT - Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah,...

Gesa Vui Keong, Ismail Bakar, Tommy Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Peguam Negara, Tommy Thomas perlu tampil menjelaskan mengenai pewartaan jawatan anggota Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga menuntut supaya tiga individu berkenaan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan meletak jawatan jika gagal memberi penjelasan terperinci yang memuaskan.

“Pewartaan jawatan ahli-ahli Kabinet amat penting dan perlu dibuat segera bagi mengesahkan fungsi dan bidang tugas menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang dilantik.

“Tindakan mewartakan pelantikan ini tidak sewajarnya dianggap remeh oleh Kerajaan PH kerana ia akan melibatkan keabsahan (legality) tugas ahli-ahli Kabinet berkenaan dan kesannya terhadap kuasa-kuasa yang telah digunakan oleh mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Takiyuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), PAS sangat terkejut dengan kenyataan Vui Keong bahawa jawatan anggota Kabinet yang diterajui oleh Kerajaan PH belum diwartakan setelah genap setahun memerintah negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan Seksyen 2 Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, setelah Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan perlu mewartakan perintah Seri Paduka yang dinamakan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019.


Kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu, tarikh kuat kuasa perintah berkenaan juga perlu dinyatakan dengan jelas dalam Warta tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, jawatan anggota kabinet kerajaan PH belum diwartakan setakat ini.

Kata beliau, sebelum ini Ketua Setiausaha Negara sudah memberi lampu hijau kepada perintah fungsi-fungsi kementerian. – UTUSAN ONLINE

Kategori