Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ajal Remaja Di Shopping...

SEORANG remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dilaporkan telah meninggal dunia Ahad lalu...

Mesin ATM Gagal Berfungsi,...

SATU rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) merakam kejadian sebuah mesin juruwang automatik...

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki...

MUAR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah...

Pembangkang Hanya Tahu Serang...

ARAU - Pemimpin pembangkang hanya tahu menyerang peribadi individu dan memikirkan kepentingan sendiri...

Gerard Pique Tak Hormat Lagu Kebangsaan Sepanyol?

PEMAIN antarabangsa Sepanyol, Gerard Pique menafikan dakwaan bahawa dia bertindak kurang ajar dengan tidak menghormati lagu kebangsaan negaranya sendiri.

Beliau merujuk insiden yang hangat diperkatakan ketika lagu rasmi Marcha Real dimainkan sebelum bermula perlawanan Euro 2016 antara Sepanyol menentang Croatia, pada Selalu lepas.

Jelas dilihat, Gerard yang juga teman lelaki kepada penyanyi terkenal, Shakira itu mengangkat jari tengah ketika kamera difokuskan kepadanya saat lagu negaranya dimainkan.

Susulan dakwaan itu, Gerard menyifatkan tuduhan itu satu perkara yang bodoh dan tidak masuk akal.

“Itu adalah satu kontroversi bodoh. Saya berasa bangga dengan pasukan ini. Tak mungkin saya akan bersikap kurang hormat terhadap lagu kebangsaan negara saya sendiri,” katanya kepada pemberita.

Gerard berkata, jarinya kelihatan seperti sedang mengangkat jari tengah yang membawa maksud lucah adalah kerana ketika itu dia sedang berdoa dan mungkin sudut kamera yang menampakkannya seperti sedang menunjukkan satu isyarat kurang ajar.


Dalam perlawanan itu, Sepanyol tewas 2-1 kepada Croatia.

Sepanyol kini mara ke pusingan kalah mati, 16 pasukan terbaik selepas berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan D di belakang Croatia. – MYNEWSHUB.CC

Screen Shot 2016-06-23 at 1.58.16 PM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori