Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tukar Gambar Profil, Erin...

LEWAT kebelakangan ini, pelakon Erin Malek sering memuat naik gambarnya memakai tudung litup...

Johor Akan Terus Pantau...

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes...

BN Susun Strategi Kempen...

PASIR SALAK - Barisan Nasional (BN) telah menyusun strategi kempen yang teratur dalam...

“Saya Bagi Tempoh Sampai...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 40, memberi masa kepada pengendali akaun...

Gerakan Nasihat Anjur Bersih 5 Di Stadium

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menasihati supaya demonstrasi jalanan Bersih 5 yang dirancang oleh pemimpin Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan diadakan di stadium.

Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang berkata, pihaknya membuat saranan itu kerana khuatir perkara tidak diingini akan berlaku sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.

“Kita dapat tahu sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai “Bersih” mahu mengadakan demonstrasi jalanan bersama-sama dengan pihak pembangkang.

“Pada masa lalu, kita telah melihat demonstrasi jalanan Bersih menyebabkan huru-hara dan keganasan. Harta awam dan persendirian rosak serta berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, Pemuda Gerakan mengakui hak berhimpun secara aman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi sebarang demonstrasi jalanan untuk menimbulkan huru hara tidak boleh diterima.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk pembangkang mengadakan demonstrasi di jalan raya tetapi dengan merisikokan keselamatan rakyat Malaysia.


“Jika pembangkang ingin merampas Putrajaya, sila melakukannya secara demokrasi melalui pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Pakatan Harapan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan secara besar-besaran jika Barisan Nasional (BN) enggan melepaskan pentadbiran kerajaan Malaysia kepada mereka.

Kumpulan Baju Merah pula memberi amaran mereka akan turut berada di jalanan sewaktu demonstrasi itu diadakan bagi mempertahankan demokrasi dan kerajaan BN. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori