Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Penting Untuk Transformasi...

KUALA LUMPUR - Sambutan Maal Hijrah di seluruh negara disambut secara sederhana tetapi...

Raja Muda Perlis Berbasikal...

PADANG BESAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengunjungi...

Gangguan Air Lagi Di...

SHAH ALAM - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan beberapa...

Zul Ariffin Intim Dengan...

PELAKON Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' jawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis...

Gerai Laksa Kebok Baling Dibenar Operasi Jika…

SUNGAI PETANI – Gerai laksa kebok di Kampung Seri Landak, Kupang di Baling yang diarah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan sejak 8 Oktober lepas akan dibenarkan beroperasi semula sekiranya pengusaha gerai mematuhi semua arahan dikeluarkan, kata Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Baling akan mengadakan pemeriksaan bagi melihat sama ada semua syarat dan arahan diberikan semasa gerai itu diarah ditutup sementara itu, dipatuhi.

“Jika pegawai Pejabat Kesihatan Daerah berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pengusaha gerai tersebut, akan dibenarkan untuk beroperasi semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Penguatkuasaan Pindaan Peraturan Berkaitan Minuman Beralkohol di sini, hari ini.

Dr Norhizan berkata ​​​​​​​selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah setelah perbincangan dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (Kedah) akan melengkapkan kertas siasatan kes mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

​​​​Dilaporkan sebanyak 83 kes termasuk dua kematian susulan kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di sebuah premis pada 8 Oktober lepas.

Mengikut pecahan, 34 kes termasuk dua kes kematian dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor, dengan kesemua yang dirawat telah dibenarkan pulang.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada 21 Oktober lepas memaklumkan berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal yang lengkap diperolehi pada tarikh sama mendapati kejadian keracunan makanan itu berpunca daripada bakteria Salmonella enterica serovar Weltevreden.

Dr Noor Hisham dipetik sebagai berkata ujian ‘Pulse Field Gel Electrophoresis’ (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada 21 Oktober itu mendapati bakteria berkenaan dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa. – BERNAMA

Kategori