Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imam Muda Ammar Tak...

GARA-GARA status ditulisnya di Facebook mengenai isu pengambilan vaksin, teruk Imam Muda Ammar...

Timbulkan Pelbagai Isu Untuk...

KUALA LUMPUR - Beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan pemimpin-pemimpin DAP Selangor bersaing hebat...

Guru Maut Dalam Perjalanan...

MARANG - Tiga individu termasuk seorang guru maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan...

Wee Jeck Seng Calon...

JOHOR BAHRU - Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck...

Gemuk Halang Ramai Belia AS Sertai Tentera

WASHINGTON – Pentagon berhadapan cabaran keselamatan lebih sukar ditangani berbanding cabaran tentera berteknologi tinggi dari China dan Russia: krisis obesiti di Amerika Syarikat.

Kajian yang disiarkan minggu ini mendapati hampir satu pertiga daripada penduduk muda negara itu kini mempunyai berat badan terlalu berlebihan untuk menyertai angkatan tentera, statistik membimbangkan pegawai tentera yang sudah berhadapan cabaran merekrut.

“Obesiti sudah lama mengancam kesihatan penduduk kita.

“Ketika wabak semakin tersebar, obesiti memberi ancaman kepada keselamatan negara juga,” menurut Majlis Amerika Gagah dalam laporannya.

Bulan lalu, angkatan tentera mengumumkan ia tidak akan mencapai matlamat menarik 76,500 rekrut baru pada 2018.

Ia kekurangan seramai 6,500 anggota tentera, kali pertama sejak 2005 apabila perkhidmatan itu terlepas peluang sasaran.

Kekukuhan ekonomi AS dan pasaran kerja padat memainkan peranan, tetapi bilangan itu menunjukkan pengurangan permohonan yang perlu diambil Pentagon.


Menurut Jabatan Pertahanan, obesiti adalah antara sebab utama 71 peratus rakyat AS berusia 17 hingga 24 tahun tidak memenuhi kehendak menyertai angkatan tentera.

“Memandangkan peratusan tinggi belia AS yang terlalu gemuk untuk berkhidmat, cabaran merekrut akan berterusan kecuali langkah diambil untuk menggalakkan gaya hidup sihat bermula pada usia muda,” menurut kajian bertajuk ‘Tidak Sihat dan Tidak Bersedia.’

Faktor lain adalah penggunaan dadah atau kekurangan kelayakan akademik. — AFP

Kategori