Gempar Bank Dirompak Di Kota Tinggi

AIR Tawar Lima di Kota Tinggi digemparkan dengan kejadian samun di bank di deretan kedai, hari ini.

Kejadian dianggar petang tadi dan difahamkan daripada beberapa video yang tular menerusi WhatsApp, terdapat beberapa orang sedang berurusan di bank terbabit menjadi tebusan penjenayah.

Dalam video terbabit turut kelihatan beberapa anggota polis bersenjata mengawal keadaan.

Video yang dipercayai direkod penduduk yang berada di lokasi itu turut memberitahu pintu bank berkenaan ditutup oleh penjenayah.

Kenyataan media akan diberikan Ketua Polis daerah Kota Tinggi dalam masa terdekat berhubung kes ini. – myMetro Online