Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 12.34 tengah hari.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 km dan jarak 34 km Tenggara dari Bidung, Indonesia.

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Loading...