Gempa Bumi Sederhana Landa Rantau Sumbawa

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Rantau Sumbawa, Indonesia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 13 kilometer Timur Laut dari Metaram, Indonesia.

Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Loading...