Gempa Bumi Sederhana Di Sulawesi, Indonesia

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Ritcher berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.42 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu adalah pada jarak 90 kilometer barat Palopo, Indonesia pada kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Loading...