Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Perkeso Buat Keputusan Tanpa...

IPOH - Keputusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum ini yang menetapkan syarat baharu...

Kes Anak Diganggu: Sunway...

SUBANG JAYA - Pihak pengurusan taman tema air Sunway Lagoon mengeluarkan kenyataan berhubung...

GST Selamatkan Bilion Ringgit...

KUALA LUMPUR - Setelah tiga tahun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, ia...

Kongsi Rezeki, Tauke Balak...

SYUKUR Alhamdulillah, murah rezeki tauke balak muda ini. Perniagaan kayu balaknya kini semakin...

Gelombang Biru Mampu Terus Kuasai Pahang

KUANTAN – Hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dan ia dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mempertahankan kerajaan negeri Pahang.

Penganalisis politik berpendapat BN tidak mempunyai masalah besar untuk mempertahankan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, dan gelombang biru akan tetap menjadi pilihan majoriti pengundi negeri Tok Gajah itu.

Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib berkata pertandingan tiga penjuru dan lebih itu memberi kelebihan kepada calon BN, manakala undi pembangkang pula akan berpecah.

“Pada PRU13 lepas, BN menang 10 daripada 14 kerusi Parlimen dan 30 daripada 42 kawasan DUN membolehkan parti itu mampu kekal memerintah negeri Pahang yang selama ini terkenal dengan kubu kuat BN walaupun ketika itu berlaku apa yang dikatakan ‘Tsunami Cina’.

“Boleh dikatakan sokongan ketika itu 50 peratus menyokong BN, manakala 50 peratus lagi memihak kepada pembangkang. Namun situasi kini berubah apabila pembangkang mula berpecah setelah PAS keluar dari pakatan pembangkang,” katanya kepada Bernama.

Berikutan tindakan PAS itu, ia membawa bersama satu pertiga daripada sokongan yang diterima oleh pembangkang selama ini, manakala BN dan UMNO khasnya masih kukuh dengan 50 peratus sokongan sedia ada tanpa pecah undi.

Kerusi DUN Pahang bagi PRU14 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR serta rakan sekutunya kecuali di Triang PAS tidak meletakkan calon.

Sebanyak enam kerusi akan melibatkan pertandingan empat penjuru iaitu di DUN Jelai, Panching, Mentakab, Lanchang, Sabai dan Tioman manakala selebihnya membabitkan pertandingan tiga penjuru kecuali DUN Triang pertandingan dua penjuru.


Bagi kawasan Parlimen, sebanyak 11 daripada 14 parlimen di Pahang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dua kawasan (Parlimen Temerloh dan Cameron Highlands) menyaksikan pertembungan lima penjuru , manakala di Pekan pula menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhadapan dengan saingan empat penjuru.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub, Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat BN bukan sahaja dapat mempertahankan kerajaan negeri, malah akan turut merampas kerusi parlimen yang disandang pembangkang.

“Berdasarkan sokongan penyokong semasa proses penamaan calon Sabtu lepas di kawasan Parlimen Indera Mahkota dan Temerloh (yang disandang pembangkang) khasnya, ia lebih banyak memihak kepada BN.

“Walaupun tidak boleh dijadikan kayu ukur, tetapi ia juga menggambarkan penerimaan masyarakat setempat terhadap calon yang bertanding,” katanya. – BERNAMA

Kategori