Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zon Industri Di Sabah...

KOTA KINABALU - Zon-zon perindustrian di Sabah mencatatkan pencapaian yang baik setakat Julai...

Telur Pasaran Tempatan Selamat...

JITRA - Kerajaan memberi jaminan bekalan telur di pasaran tempatan adalah selamat untuk...

Ekonomi Dijangka Meningkat Pada...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun...

Tikam Majikan Akibat Ditegur...

RIAU - Seorang pembantu warung menikam dada majikannya hanya kerana berang selepas ditegur lambat...

Gelandangan Tumpas Penyerang Dapat RM151,000

GELANDANGAN lelaki yang menggunakan troli beli belah bagi menumpaskan penyerang berpisau di Melbourne berdepan tuah tidak disangka apabila dihujani derma melebihi A$50,000 (RM151,146) hasil sumbangan orang ramai.

Michael Rogers, dikenali sebagai Lelaki Troli di media sosial melanggar berulang kali penyerang terbabit, Hassan Khalif Shire Ali yang sebelum itu menyerbu ke arah polis selepas menikam tiga mangsa lain menyebabkan seorang daripada mereka maut, Jumaat lalu.

Aksi berani Rogers berjaya dirakam beberapa saksi dan berjaya dijejaki media tempatan serta persatuan kebajikan untuk diwawancara tidak lama selepas kejadian.

“Saya melihat troli itu ada di bahagian tepi lalu saya mengambilnya dan menolak ia ke arah penyerang berkenaan. Troli terbabit berjaya melanggar lelaki itu tetapi tidak berhasil untuk menjatuhkannya.

“Saya melakukannya buat beberapa kali tetapi masih gagal menjatuhkan penyerang itu,” katanya.

Keberanian Rogers semakin mendapat perhatian apabila beliau hanya berada beberapa meter dari kenderaan berisi silinder gas yang dinyalakan Shire Ali sebelum itu.


Pengasas pertubuhan kebajikan Melbourne Homeless Collective, Donna Stolzenberg mewujudkan kempen mengutip derma bagi membantu Rogers dan memberitahu, lelaki berkenaan berhak menerima bantuan kerana berhati mulia.

Sehingga petang tadi, kutipan diterima melebihi A$52,000 (RM157,191), jauh mengatasi sasaran awal kutipan sebanyak A$45,000 (RM136,031). – Reuters/myMetro Online

Kategori