Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pertukaran 2 Pegawai SPRM...

KUCHING - Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana...

Camilla Kagum Saksi Persembahan...

GEORGE TOWN - Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama...

RM60,000 Padam Kebakaran Hutan...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa membelanjakan RM60,000 bagi...

Kunjungan Hormat TPM Ke...

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Gaza Ibarat Bom Jangka

GENTING GAZA – Penduduk Palestin di kejiranan Rimal di Genting Gaza kini berada di ambang kematian apabila beberapa bom yang dijatuhkan jet tempur F-16 Israel di kawasan itu tidak meletup.

Lebih mengerikan, bom-bom daripada jenis Mark 84 buatan Amerika Syarikat (AS) itu jatuh di hadapan kediaman penduduk dan dianggap objek biasa oleh kanak-kanak.

Seorang penduduk di kejiranan itu, Naseem Abu Al-Qamber terkejut apabila menemui bom tersebut ketika memeriksa kediamannya pada Selasa.

Menurutnya, bom tersebut telah dinyahaktifkan, namun bahan peledak itu tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan.

“Kami telah memanggil unit pemusnah bom, namun misil tersebut masih berada di sini.


“Mereka memberitahu kami akan membawa keluar bom itu apabila situasi kembali tenang dan jentera besar diperlukan untuk mengalih keluar bom ini,” ujar Al-Qamber.

Bom Mark 84 mempunyai berat kira-kira 1,000 kilogram (kg) dan mampu menghasilkan impak letupan sedalam 11 meter.

Ia juga mampu menembusi logam dan konkrit. – Agensi

Kategori