Gayatri Tidak Tolak Jodoh Dengan Zul Ariffin

PULIH… Gayatri Su-lin Pillai, bagai memberikan bayangan hubungan dengan Zul Ariffin, kembali bertaut apabila tidak tolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktor bertubuh sasa tersebut.

Meskipun begitu, produser berkenaan enggan beri sebarang komen mahupun bercerita lanjut mengenai hubungan terbabit tetapi pada masa sama mengakui beliau memahami sikap bintang J Revolusi itu, selain selesa berkawan dengannya.

“Saya tidak mahu layan gosip (mengenai hubungan kembali bertaut) yang bertebaran itu. Biarlah apa orang hendak kata sebab kalau saya menafikannya sekalipun, mereka akan tetap cakap perkara itu betul.

“Ya, sejak dulu saya selesa berkawan dengannya. Kalau Zul kata saya matang, sebenarnya dia lebih matang berbanding saya. Apapun, saya serahkan soal jodoh kepada Tuhan,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Gayatri turut mengaku dirinya ada berkunjung ke rumah Zul untuk beraya bersama keluarga pelakon kacak berkenaan.

Begitupun, beliau menepis dakwaan mengatakan konon mereka pergi bercuti bersama-sama ke Bali, Indonesia, baru-baru ini.

“Dakwaan itu tidak betul. Orang boleh cakap apa saja mengenai kami. Sejak dulu lagi kami sudah hadapi gosip sebegini. Kami serah semua itu kepada andaian dan tanggapan orang,” tambahnya lagi.

Gayatri dan Zul pernah intim kira-kira lima tahun lalu, namun pada November 2015 wanita berkenaan mendedahkan hubungannya dengan aktor itu sudah terlerai.

Ketika itu juga muncul gosip mengatakan Zul bercinta dengan pelakon, Zahirah Macwilson. Bagaimanapun pada April lalu, Zul membuat pengakuan hubungannya dengan Zahirah sudah berakhir kira-kira sebulan sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...