Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Kata Wan Azizah...

TOLAK... Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak jawatan Perdana Menteri sewaktu...

Kes Bunuh Taman Pelangi...

INSIDEN langgar dan bunuh membabitkan seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi,...

Suami Tanggung Kos IVF,...

SEORANG wanita secara diam-diam telah menukar sperma suaminya dengan sperma kekasihnya semasa menjalani...

1,128 Penuntut Balik Kampung...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama seramai 1,128 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) akan...

Gaya Abaya Muslimah Moden Hiasi Minggu Fesyen NY

STATUS Muslimah ternyata tidak pernah membataskan gaya moden ditampilkan model ini asalkan ia tetap berpegang kepada prinsip tutup aurat, kemas anggun dan tidak ketat serlah bentuk tubuh.

Sempena kehadiran Minggu Fesyen New York 2018, Vivi Zubedi, pereka fesyen yang berasal dari Kalimantan, Indonesia telah berani menampilkan variasi koleksi abaya yang cukup menarik untuk digayakan Muslimah moden.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan kali kedua pereka Indonesia dalam acara berprestij itu selepas Anniesa Hasibuan dari Jakarta yang pernah muncul pada 2016 ketika berusia 28 tahun dengan 48 set busana wanita Islam.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Vivi yang juga ibu kepada dua orang anak itu dan mula menjadi pereka sejak 2011, pernah menjadi akauntan bertauliah selepas tamat pengajian dari Universiti Sumatera Utara di Medan.

Pelbagai bahan fabrik seperti kapas, renda, satin dan sutera digunakan dalam merealisasikan variasi busana untuk koleksi ditampilkan sekali gus menghiasi minggu tersebut yang berlangsung meriah dari 8 hingga 16 Februari lalu.

Vivi Zubedi

Gaya wanita Islam itu turut dilengkapi dengan pelbagai fesyen tudung seperti tudung empat segi, selendang dan juga skarf. Rekaan fesyen Muslimah yang ditampilkan juga merangkumi jubah panjang dan jubah berbentuk baharu.


Ini termasuk seperti kimono Jepun dengan reben di bahagian pinggang, jubah dilengkapi cape, jubah renda dan lain-lain. Sesetengah rekaan pula dipadankan bersama seluar dan skirt labuh bagi menampilkan gaya kemas sopan.

Menyentuh isu corak pula, Vivi yang juga memiliki butik sendiri di Jakarta cukup bijak menggabungkan fabrik pada warna polos kebanyakannya hitam, merah gelap, hijau gelap, putih bersama fabrik yang memiliki corak menarik.

Lebih menarik lagi apabila, cetakan Borneo turut ditampilkan dalam beberapa pasang busana bagi melambangkan lokasi asal pereka tersebut yang berasal dari Kalimantan dan terletak di Borneo, pulau paling besar di benua Asia.

Kejayaan Vivi bukan sahaja mendapat liputan luas media di Indonesia, malah turut diulas pengkritik fesyen di Amerika Syarikat sebagai imej kontemporari wanita Islam yang progresif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori