Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sistem Di KLIA Pulih...

SEPANG - Tiada lagi urusan dijalankan secara manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’,...

"Kalau boleh, jangan guna perkataan "awak" bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye,...

Graduan Minta Gaji Tinggi...

KADAR pengangguran tinggi di kalangan graduan adalah disebabkan kurang penguasaan bahasa Inggeris selain...

Pasar Cantik, Poket Kosong...

KUALA LUMPUR - Selesa dan cantik dipandang, tetapi rupa-rupanya ada kisah kurang enak...

Gas Sarin Dikesan Di Ibu Pejabat Facebook

SAN FRANCISCO – Gas beracun, gas sarin dikesan di sebuah fasiliti mel di Ibu pejabat Facebook di sini pagi ini.

Kejadian tersebut mengakibatkan empat bangunan terpaksa dikosongkan manakala tiada mangsa dilaporkan terjejas yang mengalami simptom keracunan gas berkenaan.

Jurucakap Facebook berkata, sebuah paket diterima pihaknya dikesan mengandungi gas beracun sebaik melalui mesin pengimbas.

“Pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) sebuah paket yang dihantar ke salah satu bilik mel kami telah dikesan sebagai bungkusan meragukan.

“Kami telah mengosongkan empat bangunan dan siasatan menyeluruh telah dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Facebook lagi, tiga daripada bagunan tersebut telah disahkan selamat dan boleh digunakan semula.

Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan Jabatan Bomba Menlo Park. – Agensi

Kategori