Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kesatuan Imigresen Minta Tambah...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengemukakan sebanyak sembilan kertas...

Poster Bantuan RM1,500 Sempena...

Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster...

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga...

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 telah bermula 22 Mei...

Mayat 2 Mangsa Tertimbus...

GURUN - Mayat dua lelaki yang tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung...

Jejak Karbon Tentu Impak Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR – Semua projek infrastruktur atau penjanaan elektrik akan memberi impak kepada alam sekitar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Namun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata garis panduan jejak karbon iaitu analisis kitar hayat akan menentukan jenis projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang memberi impak tinggi dari segi pelepasan karbon kepada alam sekitar.

“Jejak karbon iaitu analisis kitar hayat ditentukan bukan sahaja semasa beroperasi tetapi dikira dari mula pembuatan iaitu dari segi pelepasan komponen-komponen sistem solar, pembinaan dan pelepasan karbon sepanjang operasi, seterusnya sehingga kita perlu menghapuskannya,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu kerajaan menyatakan impak projek solar berskala besar kepada alam sekitar serta langkah keseimbangan antara impak dan keperluan tenaga.

Yeo berkata berdasarkan penilaian analisis kitar hayat, penjanaan elektrik dari solar adalah lebih rendah berbanding yang diasaskan daripada gas.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meletakkan sasaran penjanaan elektrik daripada TBB sebanyak 20 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang menjelang 2025, dan ini tidak termasuk penjanaan elektrik daripada penjana elektrik hidro besar yang lebih daripada 100MW.


Katanya, bagi mencapai sasaran 20 peratus itu, kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Tarif Elektrik telah membuat analisis dan mendapati 3,991MW kapasiti TBB perlu ditambahkan kepada sistem bekalan elektrik.

Yeo berkata kerajaan akan melaksanakan tender terbuka untuk projek Solar Berskala Besar Kitaran Ketiga (LSS3) dengan jumlah kapasiti 500MW bagi mencapai sasaran TBB 20 peratus.

Beliau berkata anggaran nilai-nilai projek LSS3 adalah RM2 bilion dan perincian projek akan diumumkan pada Jan 2019. – BERNAMA

Kategori