Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Beriadah, Lemas...

KAMPAR - Seorang warga emas tidak menyangka aktiviti riadah dilakukan bersama isterinya pagi...

Punca Sebenar Fara Fauzana...

FARA Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Binti Mohd. Fadzil yang berkhidmat di...

Tuah Penghidu Keju, Hidung...

JIKA dilihat kepada luarannya, tiada apa yang istimewa dengan hidung Diane Cox, namun majikannya...

Sistem Awas Tunjuk Impak...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan denda mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik...

Gara-Gara Diejek, Dua Lipa Tukar Kapsyen ‘Babi’

BAGI seorang figura awam yang dikenali ramai, menjadi bahan lawak dan mendapat kecaman di media sosial merupakan perkara yang sudah menjadi asam garam kehidupan mereka.

Dengan kemudahan yang ada sekarang, jurang antara mereka dan orang awam kini semakin mengecil, dengan media sosial menjadi platform terbaik untuk netizen berasa lebih dekat dengan artis pujaan.

Namun, kadangkala perkara ini dilihat agak keterlaluan dan hanya memalukan seperti yang dilalui oleh penyanyi British, Dua Lipa yang diejek rakyat Malaysia kerana menggunakan perkataan ‘babi’ merujuk bapanya.

Ketika hari jadi bapanya tempoh hari, Dua Lipa memuat naik satu perkongsian di laman Instagram sekeping gambar dia dan bapanya bagi dan mengucapkan selamat ulang tahum kepada bapanya.

“Happy birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss (Selamat hari jadi ayah, saya harap saya ada bersama untuk peluk dan cium ayah.)”

Bagaimanapun, perkataan ‘babi’ bermaksud bapa dalam bahasa Albania, iaitu negara asal kedua ibu bapa penyanyi New Rules tersebut.

Susulan perkongsiannya itu, rakyat Malaysia mula ‘menyerang’ ruangan komen gambar tersebut dan membuat lawak mengenai perkataan babi yang yang merujuk kepada haiwan khinzir.

Disebabkan perkara itu, Dua Lipa bertindak menukar kapsyen gambar tersebut daripada perkataan ‘babi’ kepada ‘dad’ iaitu bapa dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, masih ramai netizen yang tampil mempertahankan Dua Lipa dengan menggesanya untuk tidak mengubah cara panggilannya kepada bapanya itu.


“Anda tidak perlu menukar cara awak memanggil ayah awak di dalam kapsyen tersebut @dualipa, Ia adalah hak anda. Saya sangat malu dengan rakyat negara saya sekarang ini,” tulis seorang pengguna Instagram dengan nama @nnblhzpr.

“Saya mewakili rakyat Malaysia ingin memohon maaf di atas kebiadapan rakyat negara saya. Saya harap anda tidak terasa hati terhadap perbuatan segelintir daripada mereka ini,” tulis seorang lagi pengguna Instagram @tuti.pdota.

Bintang pop antarabangsa itu sepatutnya membuat persembahan dalam siri jelajahnya di Kuala Lumpur 3 Mei depan, namun kini peminat-peminat Dua Lipa berasa khuatir sekiranya dia ingin membatalkan konsert tersebut selepas insiden ini.

Bagaimanapun, lapor Malay Mail Online, tiada perubahan dibuat dan konsert yang akan dijalankan di KL Live itu akan berjalan seperti biasa.

Para netizen yang menyerang Instagram penyanyi tersebut tempoh hari selayaknya berasa malu akan tindakan mereka yang sedikit sebanyak telah memberikan gambaran buruk negara kita kepada pihak artis tersebut. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori