Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Minah Melayu ‘Bimbo’...

VIDEO dua orang gadis Melayu berpenampilan seksi dan menggoda ini menjadi sensasi Internet...

Dua Parah Dipercayai Disimbah...

ALOR SETAR - Dua individu dilapor cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan...

Bunuh Isteri Dengan Masukkan...

UTTAR PRADESH - Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun...

Kolej Dari China Intai...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah...

Ganjaran RM5,000 Cari Pembunuh Kucing

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes kekejaman terhadap seekor kucing, semalam.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pelaku yang membunuh kucing itu tergamak memotong keempat-empat kaki dan mulut sehingga haiwan berkenaan mati.

“Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang kita tidak dapat dedahkan lokasinya buat masa ini.

“Animal Malaysia mohon dan merayu saksi kejadian yang tahu hal ini supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan maklumat lengkap,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Animal Malaysia.

Menurut Arie, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.


“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.

“Maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi Whatsapp di talian 011-20901097,” katanya. – myMetro Online

Kategori