Ganjaran 20,000 Rupees, Burung Nuri Kerabat Hilang

RAMPUR – Kehilangan seekor burung nuri bernama Mitthu Alias Paulie menjadi tajuk bualan penduduk bandar Rampur, Uttar Pradesh apabila berita itu diumumkan menerusi pembesar suara di bandar itu yang turut menawarkan ganjaran (20,000 Rupees) RM1,167 kepada mereka yang menjumpai binatang itu.

Menurut Times of India, Mitthu Alias Paulie adalah milik keturunan kerabat sewaktu kerajaan Rampur dan tinggal di Istana Khas Bagh, sehingga minggu lalu.

Sanam Ali Khan memberitahu, burungnya yang berusia sembilan tahun itu dinamakan sebagai Mitthu Alias Paulie bersempena dengan tajuk filem Hollywood, Paulie yang mengisahkan mengenai kehidupan burung nuri.

Beliau memberitahu, burung itu hilang akibat kecuaian penjaganya ketika bercuti di Dehli, baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Mitthu Alias Paulie sebagai burung yang bijak dan berkeupayaan untuk menjawab soalan itu juga sering berbual dengan saudara-maranya menggunakan Skype. – Agensi

Loading...