Ganja Kena Curi, Penagih Panggil 999

LONDON – Operator polis di Buckinghamshire, tenggara England, dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan pelik apabila seorang penagih dadah meminta bantuan menangkap individu yang cuba mencuri bahan terlarang itu daripadanya.

Daily Mail melaporkan, pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan menganggap ia melucukan apabila penagih yang disifatkan bodoh itu mendakwa ganja miliknya dicuri oleh rakan sekerjanya.

Menurut pihak polis, lelaki itu menghubungi 999 dan berkata: “Hai, seseorang cuba mencuri ganja saya.”

Susulan itu, pegawai yang tidak dinamakan itu berkata: “Talian 101 atau 999 langsung tidak sesuai untuk melaporkan kehilangan dadah.”

Lelaki itu turut dinobatkan sebagai ‘pemanggil minggu itu’ dengan ribuan pengguna Facebook menggelarnya dungu.

Polis Thames Valley berkata, panggilan 999 itu dibuat dari Aylesbury, namun tiada tindakan lanjut diambil kerana dia masih tidak dapat dikesan. – Agensi