Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majoriti Rakyat Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mempertahankan Lebuhraya Pan Island Link...

Remaja Sakit Tumor Saraf...

BENTONG - Remaja yang menderita penyakit tumor saraf, Muhamad Hafizudin Abdul Halim,15, menghembuskan...

Kerajaan Kaji Tingkat Had...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk meningkatkan had belian barangan bercukai...

“Saya Akan Buat Pengisytiharan...

KUALA LUMPUR - "Saya akan membuat satu akuan bersumpah bagi mengisytiharkan harta saya,"...

Gandakan Usaha Perangi Covid-19

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan yang baru dibentuk melipatgandakan usaha untuk memerangi Covid-19 serta membawa negara serta rakyat keluar daripada pandemik ini.

Baginda bertitah, kerajaan mampu membuktikanya dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi dan tumpuan untuk mencapai sasaran jangka masa pendek dan panjang.

Seri Paduka turut menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

“Justeru, beta menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.

“Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwi-partisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan membawa perrubahan dalam sistem pentadbiran negara,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di sini, hari ini.

Seri Paduka bertitah, hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah Keluarga Malaysia saja, kita akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh.

Baginda turut menghargai usaha berterusan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai strategi bagi menangani pandemik Covid-19 serta impaknya terhadap aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat.


Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan semua pihak agar tidak cepat leka dan berpuas hati dengan pencapaian memerangi pandemik, vaksinasi dan produktiviti di dalam negara sebaliknya terus berusahg menurunkan kadar jangkitan harian dan mencapai imuniti kelompok dengan segera.

“Strategi ‘Whole-Of-Society Effort‘ perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan.

“Beta mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkasa ‘Agenda Nasional Malaysia Sihat’ dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk terus hidup bersama virus ini.

“Menerusi pendekatan ini, rakyat akan berasa yakin dan menyesuaikan diri dengan senario Covid-19 sebagai endemik yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita,” titah baginda. – myMetro Online

Kategori