Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Beritahu Farhash Rakaman...

SHAH ALAM - Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mempertahankan dakwaannya...

300 Juta Tak Cukup...

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho mendakwa dana 300 juta pound sterling yang diperuntukkan...

PM Arah 4 Agensi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi...

Kemuncak Anugerah Industri Muzik...

Anugerah Industri Muzik ke-21 kembali lagi apabila malam ini, ia bakal mengumumkan penerima...

Gambar Sivarasa Dipijak Berjemaah Depan Pejabat

KUALA LUMPUR – “Kita sudah muak dan mual mendengar ucapan maaf oleh pihak yang biadap kepada Raja, kaum Melayu dan agama Islam,” kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah tindakan kerajaan ke atas pihak yang menimbulkan kemurkaan Raja-Raja Melayu seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan, R.Sivarasa.

Menurut beliau, jika tidak ada tindakan yang boleh diambil, maka kerajaan didesak memperkasakan kuasa Raja-Raja Melayu dan meminda Perlembagaan Negara supaya institusi Raja dihormati.

Gambar Sivarasa Dipijak Berjemaah Depan Pejabat

“Sekali lagi Wira Perkasa mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai langkah pencegahan agar semua orang lebih berhati-hati dalam apa-apa tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut melancarkan kempen “Menapak Sivarasa Secukup Rasa” di hadapan pejabat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Subang itu di Kota Damansara di sini hari ini.

Tindakan itu susulan kebiadapan Sivarasa mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya individu yang tidak bertauliah tidak dibenarkan berucap atau menyampaikan ceramah di masjid di Selangor.

Azrul Akmal berkata, Wira Perkasa menganggap tindakan Sivarasa itu disengajakan kerana kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang peguam.

Kata beliau, adalah mustahil pemimpin PKR itu tidak tahu undang-undang dan kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, malah beliau sepatutnya lebih arif.


“Sivarasa bukan sahaja mengingkari titah Sultan Selangor malah sombong dan bongkak tidak langsung memohon ampun daripada Sultan Selangor dan menyesali tindakannya.

“Jadi, ini menguatkan lagi pandangan kita bahawa tindakan Sivarasa ini adalah disengajakan mungkin kerana dia mahu mencabar kuasa Sultan Selangor.”

Kataya, Wira Perkasa turut menyeru pengundi di Subang menilai semula sokongan mereka ke atas Sivarasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Orang sombong dan tidak tahu menghormati titah Sultan tidaklah layak dipanggil wakil rakyat dan perlu ditolak,” katanya.

Sultan Selangor baru-baru ini menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Sivarasa memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Baginda bertitah kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan JAIS mengmbil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori