Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Graduan UiTM Langgar Protokol...

GAMBAR seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan...

Jackson Semalam, Hari Ini...

KUALA LUMPUR - Jermaine Jackson, anggota kumpulan The Jacksons dan abang kepada raja...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan...

Muktamar Tahunan PAS Ke-62...

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62 yang akan diadakan di sini...

Gambar Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan Tular

KUALA LUMPUR – Gambar perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Cik Sofie Louise tular di media sosial sejak malam tadi.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup malam tadi di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh kaum kerabat terdekat istana dan sahabat handai baginda sahaja.

Rata-rata warganet memuji perkahwinan itu yang diadakan secara sederhana menggambarkan sifat baginda yang sukakan kesederhanaan.

Sebelum ini majlis perkahwina itu diumumkan oleh Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal yang turut memberitahu, Tengku Faiz turut bertitah agar cenderamata-cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah. – K! ONLINE

Kategori