Gambar Lubang Hitam Pertama Didedah

PARIS – Buat pertama kalinya sekumpulan saintis menyiarkan gambar satu lubang hitam dan lingkaran halo yang menakutkan yang dirakamkan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT).

Timbalan Pengarah Institut Millimetrik Astronomi Radio (IRAM), Frederic Gueth berkata, gambar itu adalah bukti paling terus mengenai kewujudan lubang hitam.

Lubang hitam mempunyai tarikan graviti yang terlalu kuat hingga menarik semua objek termasuk cahaya menjadikan ia tidak dapat dilihat.

Bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi EHT kumpulan saintis berkenaan dapat merakamkan gambar lubang hitam di galaksi M87 yang mempunyai berat 6.5 bilion kali lebih besar daripada matahari.

EHT menggunakan semua milimetrik teleskop atau teleskop radio di seluruh dunia untuk membuat cerapan secara serentak untuk melihat objek yang mempunyai tarikan graviti terlalu kuat seperti lubang hitam. – Agensi

Loading...