Gambar Konsol Permainan Google Bocor Di Internet

SELAIN khabar angin mengenai Sony PlayStation 5 (PS5) yang bakal diperkenal tidak lama lagi, kini timbul satu lagi berita baik untuk penggemar permainan video.

Google dijangka akan memperkenalkan konsol permainan mereka tidak lama lagi.

Biarpun tiada sebarang pengumuman rasmi mengenainya, imej konsol berkenaan bagaimanapun sudah terbocor di internet.

Seorang pengguna Twitter memuat naik pautan mengenai yang membawa kepada paparan reka bentuk produk berkenaan.

Beberapa siri imej itu menarik perhatian ramai apatah lagi ia sudah lama ditunggu-tunggu oleh peminat permainan video.

Dalam pada itu, Google bakal tampil menerusi Persidangan Pembangun Permainan di San Fransisco pada 19 Mac ini.

Menerusi acara itu, berkemungkinan Google akan memberi maklumat terperinci mengenai konsol permainan itu.

Antara perkara lain yang akan dibawa ke persidangan itu oleh Google termasuklah platform penstriman permainan berbayar. – Daily Star

Loading...