Gambar Bieber ‘Bersenggama’ Dengan Kekasih Jadi Viral

BELUM reda dengan kisahnya yang menutup akaun laman sosial Instagram gara-gara tindakan peminatnya yang tidak ‘menyukai’ kekasih baharunya itu, nama Justin Bieber sekali lagi mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia.

Ini semua gara-gara penyebaran gambar percutiannya dengan teman wanita, Sofia Richie di resort mewah, Cabo San Lucas, Mexico yang sedang dalam keadaan seolah-olah mahu bersenggama di tempat awam.

Dalam foto itu, Bieber dilihat memakai seluar pendek berona merah jambu yang terlondeh sehingga menampakkan punggungnya sementara dia mendakap mesra Sofia.

Gambar Bieber 'Bersenggama' Dengan Kekasih Jadi Viral

Gambar Bieber 'Bersenggama' Dengan Kekasih Jadi Viral

Perbuatan mereka disifatkan peminat sebagai sesuatu yang menjijikkan kerana bukan Bieber tidak mengetahui segala tingkah lakunya akan diperhatikan paparazi yang sentiasa mendambakan kisah-kisah sensasi daripadanya.

Susulan penyebaran gambar itu, satu hashtag #justinbiebersextapeleakedparty menjadi trending yang mana kebanyakan peminat mengutuk tindakan Bieber yang tidak segan silu memperlihatkan sisi ‘hodohnya’ sejak kebelakangan ini.

Penyanyi berusia 22 tahun itu membawa kekasihnya ke Mexico bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke-18 Sofia.

Mereka terbang ke sana dengan menggunakan khidmat jet peribadi yang disewa Bieber.

Gambar Bieber 'Bersenggama' Dengan Kekasih Jadi Viral

Sofia merupakan anak kepada penyanyi lagenda, Lionel Richie. – MYNEWSHUB.CC

Loading...